MOHAMAD AZRI bin MOHD YUSOFF. Itulah nama yang diberikan kepada insan kerdil ini. Dilahirkan pada 9 Mei 1990 di Wisma Perbidanan Sungai Petani, Kedah. Anak ketiga daripada lima orang adik-beradik. Ayah, MOHD YUSOFF bin ABU BAKAR merupakan seorang pencen daripada Telekom Malaysia dan ibu pula, JEMILAH binti MAT merupakan seorang guru. Jasa mereka melahirkan dan membesarkan saya amatlah besar nilainya buat seorang anak. Syukur kepada Allah SWT atas nikmat mengurniakan saya kedua ibu bapa yang terbaik. Alhamdulillah.
Latar belakang pendidikan saya:
1. Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya
2. Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin.
3. Sunway University College (Monash University Foundation Year)
4. Monash University (Mechanical Engineering)
5. UNITAR International University (Guidance & Counseling)
*Insya Allah institusi pengajian saya bakal bertambah 3 tahun dari sekarang. Doakan yang terbaik buat saya.
Alhamdulillah, atas nikmat kesihatan fizikal yang sempurna, kecerdikan akal, dan segala cahaya petunjuk yang telah Allah kurniakan kepada saya. Syukur pada-MU Ya Allah.
Kisah perjalanan hidup saya secara terperinci akan dinukilkan dari semasa ke semasa melalui entri blog. Insya Allah.
Semoga Allah berikan kekuatan kepada saya untuk berkongsi dengan anda apa yang saya fikirkan dan berharap anda juga dapat berkongsi dengan saya apa yang anda fikirkan. Lapangkan dada kita untuk sama-sama belajar memperbaiki diri.
Jadilah kita bekas air kosong tatkala menerima ilmu daripada orang lain agar bekas yang kosong itu mampu dipenuhi dengan ilmu baru.
Jadilah kita seperti lampu LED yang mampu menerangi kehidupan orang lain tatkala mendapat ruang dan peluang untuk menyampaikan ilmu pada orang lain. Berilah sepenuh hati. Mungkin ganjarannya tidak di dunia, tetapi yakinlah ganjaran di sisi Allah SWT.
Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti”
~ Saidina Ali Bin Abi Talib ~
No comments:
Post a Comment